Friday, December 16, 2011

ombak rindu versi filem.. auu..

assalammualaikum,
buku ombak rindu

cover untuk filem ombak rindu

lagu tema da dimasukkan tadi ..

sinopsis ceritanya :
Izzah merupakan anak yatim piatu setelah kedua ibu bapanya meningggal dalam kemalangan jalan raya. Tugas menjaga Izzah diserahkan kepada ayah saudaranya, Taha. Namun kehadiran Izzah dirumah Taha tidak disenangi oleh isteri Taha yang menuduh Izzah pembawa bala.

Taha seorang kaki judi dan mempunyai banyak hutang. Sebagai membayar segala hutang, Taha menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam sebagai pelayan. Walaupun tidak rela, Izzah terpaksa akur dengan paksaan Taha.
Di situlah bermulanya perkenalan Izzah dan Haris. Izzah merayu kepada Haris agar membawanya pergi dari tempat jijik itu. Haris akur dan membayar sejumlah wang yang banyak kepada tauke bagi membeli Izzah dengan syarat Izzah akan bekerja memuaskan nafsunya. Oleh keran tidak mahu ditenggelami dosa, Izzah meminta agar Haris mengahwininya. Haris akur tanpa sebarang perasaan, berkahwin dengan Izzah dengan syarat semuanya adalah rahsia.
Kehadiran Mila Amylia, seorang pelakon dan model terkenal tanah air telah mengggugat rumah tangga yang dibina.
Bahagiakah Izzah tanpa rasa cinta dari Haris?
Filem ini dibintangi oleh beberapa pelakon terkenal antaranya Aaron Aziz (Haris), Maya Karin (Izzah) dan Lisa Surihani (Mila Amylia).

beberapa gambar pelakon utama :




gambar beberapa adengan menarik dalam filem ombak rindu :














ini sahaja yang dapat ekin kongsikan dengan semua.. 
selamat membaca dan bagi sesapa yang ingin pergi menoton,
selamat menonton.. 


with love, 
ekin



No comments:

Post a Comment