Friday, February 25, 2011

tersangat sibuk


umm da lme xtis blog.. sory2..sory 2 my blog
umm blan nie rsenye mngkn kurang tulis kot..
maklumla exam da dekat sok need 2 study...xbleh la nk on sngat
pe2 blan dpan sy akan trus mnulis d blog ini...
bnyak sngat cerita nk tulis...
tangguh dulu
exam 1st..
hehe..
ok la.. t ble semua da selesai sya akan terus menulis 
dgn cerita2 bru sy...
assalammualaikum dan jagan lupa doakan kejayaan sya
da2.....

Monday, February 14, 2011

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 6

FIKIRAN YANG LURUS DAN TEPAT


       Ketika terjadi berita fitnah dan bohong yang menyangkut Siti Aisyah r. a, Rasulullah SAW bermusyawrah dengan beberapa tokoh sahabat untuk dimintai tanggapan mereka.  
       Ketika beliau berbicara dengan Umar r.a maka Umar berkata, "Ya., Rasulullah siapakah yang mengahwinkan Rasulullah dengan Aisyah?"Nabi SAW menjawab, ALLAH."
       Umar bertanya lagi, "Apakah ALLAH menipu anda?"
      "Maha suci, Engkau ya, Allah, sesungguhnya ini berita bohong yabg besar,," Ucap Rasulullah.
     "Dan mengapa kamu tidak berkata, di waktu mendengar berita bohong itu: "sekali - kali tidaklah patut bagi kita memperkatakan ini.  Maha Suci Engkau ( Ya Robb kami ), ini adalah suta yang besar."
     Ini hanya merupakan sebuah contoh dan masih banyak lagi ayat Al - Quran yang turun membenarkan pendapat Umar r.a. Umar r.r berkali - kali berkata kepada Rasulullah SAW:
     "Jelaskanlah bagi kita keputusan yang memuaskan tentang minuman arak."
     Tak lama kemudian, setelah Umar berkali - kali berkata begitu, turunlah firman Allah Taala bermaksud:
"Hai orang - orang beriman, sesungguhnya ( meminum ) khamar, berjudi, ( berkorban untuk ) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan.  Maka Jauhilah perbuatan - perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan."
       Abdullah bin Ubai adalah pemimpin dan pejuang kaum muslimin.  Oleh kerana itu, ketika Abdullah bin Ubai Wafat, Rasulullah SAW hendak mensolatinya sebagai tanda simpati r.a.  Dia berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya, Rasulullah, bagaimana engkau mensolati orang munafik ini padahal dialah yang berkata " orang - orang yang kuat akan mengusir orang - orang yang lemah daripadanya."
      Setelah Umar berkata begitu, turunlah ayat Al- Quran bermaksud :
     "Dan janganlah kamu sekali - kali mensolati ( jenazah ) seorang yang mati diantara mereka, dan janganlah kamu berdiri di kuburnya.  Sesungguhnya mereka telah kafir kepada ALLAH  dan rasulNya dan mereka mati dalam keadaan fasik."
                                                                                                             (At-Taubat:84)
     Ketika terjadi peraang Badar, banyak kaum kafir Quraisy yang menjadi tawanan kaum muslimin.  Seperti biasanya, Rasulullah SAW bermusyawarahndengan para sahabat tentang tindakan yang patut diberikan kepada para tawanan itu.  Hal tersebut dimusyawarahkan oleh ALLAH tentang kebijaksanaan pekara ini.
     Umar r.a berpendapat seluruh tawanan harus dibuynuh, sedangkan Abu Bakar r.a berpendapat para tawanan itu dibebaskan dengan tebusan oleh keluarga para tawanan.
       Ternyata  Rasulullah SAW mempersetujui dan melaksanakan pendapat Abu Bakar r.a.  Tapi tak lama kemudian turun ayat :
     "Tidak patut, bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi.  Kamu menghendaki harta benda duniawiyah sedangkan ALLAH menghendaki ( pahala ) akhirat ( untukmu ).  Dan ALLAH maha perkasa lagi maha bijaksana."
     Turunnya ayat ini menyiratkan bahawa ALLAH membenarkan pendapat Umar r.a.  Mendengar ayat itu Abu Bakar  langsung menangis dan brkata," Kalau sekiranya turun azab dari langit maka tidak akan ada yang selamat kecuali Umar."

study ++ assingment....uwaaaa

wah gila la..
banyak gila assngment..
test pown mula dtg bergolek ..haha..
kena study lagi, kena wat assngmnt lagi..
final exam pown bakal tiba.. orang kata usaha tangga kejayaan tapi kan kalu da keja setinggi langit..
pengsan~

Ha blh dikata cmni punya tebal or banyak la kena bce.. haha...
rsenye skrang nie stress dye cmni la ble wat assngment or stdy..haha..
haha.. stress kan ?? cewah ~
next org kte maksud sSTUDY IALAH....
HAHAHAHAHA..
STUDY2...
INGAT JAGAN NK MAIN SANGAT..
INGAT !!

BERAKIT - RAKIT KEHULU,
BERENANG - RENANG KETEPIAN,
BERSUSASAH - SUSAH DAHULU,
BERSENANG - SENAG KEMUDIAN....




SO GOOD LUCK...
TRY YOUR BEST U WILL GET THE BEST !

cter msae hangout nan dorang..

mulanya kuar dari pagi..
kteorang g ppopular dulu sebab cari barang untuk assingment seni..
kitaorang kena wat diorama..
cri pnye cr pnye cr...jumpa..
tapi xsemua..
jd lepas2 g TS
g la cr brang2 kat situ..
pusing pnye pusing pnye psing..
xjumpa..
kemudian g la kat sg wang..
again
psing pnye psing pnye psing xjmpe jg..
da la parking ssh gler nk dpaty..
wah gila la..
1 brang je sebenarnya nk cr tp ssh gila..
ish geram tull..
last2 blik la... xmo la cr da.. mlm da lgpown.. kteorng gne la kreativiti untuk mencipta barang tersebut..
insyaallah siap diorama 2 nnt sy upload..
umm ... smbil dk jln2 2 kan.. asik nk tangkap gambar je.. hemo hemo.. 
sje... hehe.. cth gambar nie..
AT ROMP..ORANG DOK CBOK TEST BJU..KITA DOK CBOK TANGKAP GAMBAR BARU..HEHE

ORANG DOK CBOK MASUK MAIN , KITA DOK CBOK POSING2.. CEWAH.. HAHA


hahaahaha.. gila2.. sambil menyelam minum air.. nk hilangkan stress kan.. hemo hemo..
umm kami keluar berempat..
man,adik,alang n saya..
aish...
2 je kot nk cter dlu.. :)

Sunday, February 13, 2011

hang out ~





sayang kamu semua..
t sy cter sal doreang,,
ad keje ckit nie

:_(

kamu tau x betapa sakitnya saya bila kamu buat macam nie ??
kamu tau x betapa kecewanya saya kamu buat cmni ?
apa awk nk sebenarnya ?
awk tau saya sayang awk ??
sayang sangat2..
saya usaha utk wat awk happy, buat awk xmara..
tp
awk tetap mara sy ??
knp awk ??
blh saya tau sper sy dhti awk smpy blh buat awk mara ?
sy nie kekasih awk ? adik awk ? musuh awk?
awk kalu da xthan dgn sy ckp la..
kalu sy ada waT salah gtau la..
: _(
sy rindukan awk...
menitis air mata saya memikirkan semua nie ?
jgn jdkan sy musuh kalu awk xsuka sy..
awk da xsyg sy ?

Friday, February 11, 2011

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 5

UMAR DAN HIJRAH 


       Ketika kaum muslimin hijrah ke Madinah, mereka seluruhnya meninggalkan kota Mekah secara sembunyi - sembunyi, kecuali Umar.  Hanya Umar yang hijrahbsecara terang - terangan.
      Ia sengaja pergi di siang hari dan melalui gerombolan - gerombolan Quraisy.  Ketika melalui mereka, Umar berkata,"Aku akan meninggalkan Mekah dan Hijrah ke Madinah.  Barangsiapa yang ingin menjadikan ibunya kehilangan puteranya atau ingin anaknya menjadi yatim, silakan menghadang aku di belakang lembah in !"
       Mendengar perkataan Umar yang gagah itu, tidak seorang pown yang berani mengekori apalagi mencegah.
       Itulah kekuatan yang dimiliki Umar sejak awal keimanannya sampai dalam mengharungi seluruh kehidupannya.
      Di zaman seperti ini, alangkah perlunya kita memiliki orang yang berkekuatan seperti Umar.  Kuat jiwa raganya dan kukuh keperibadiannya.  Kerana Allah senang kepada orang - orang yang berjiwa kuat dan benci kepada orang - orang yang berjiwa lemah.
       Apa yang dapat membangkitkan kejayaan Islam adalah apa dan bagaimana yang pernah dikerjakan kaum muslimin terdahulu.
       Kaum muslimin yang ada dewasa ini seperti anak - anak yatim menghadapi hidangan kaum yang rakus dan keji.  Tidak ada yang menyayangi dan mengasihi, kecuali hanya kekuatan mereka sendiri.
     Seruaan Allah teru - menerus berkumandang ke telinga kaum muslimin membangkitkan mereka yang lengah, lalai dan lemah bermaksud:
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi"


~KISAH PARA SAHABAT DAN NABI SAW~

AWAK JAGA DIRI BAIK - BAIK

kalau boleh setiap kali awk dalam bahaya saya saya nak selamatkan awak,
setiap kali awak susah, saya nk bantu awak,
setiap kali awk dalam kesusahan, saya pasti ada untuk awk,
setiap kali awak mara, saya pasti cuba kurangkan kemarahan awak,
setiap kali awk xsihat saya pasti risaukan awk,
setiap kali awak sedih, saya pasti ada untuk menggembirakan awak,
tapi sekrang nie awak da jumpa teman baru,
sya harap sangat awk xlupakan saya,
sebab saya xpernah lupa untuk mencintai awak..<3<3<3

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 4

KEPERIBADIAN YANG PATUT DIRENUNGKAN


     Merupakan suatu hal yang aneh, seorang manusia yang berasal dari masyarakat badwi tulen dan dari sumber jahiliah pertama menjadi seorang Amirul Mukmin.
     Umar tidak pernah mendapat pendidikan sekolah apalagi sampai merantau ke pelosok negeri untuk menuntut ilmu atau hidup di tengah - tengah ahli pemikir.  tapi nyatanya, ia dapat memberi contoh kepada kaumnya dalam mengurus pemerintahan dan kekuasaan yang penuh dengan keadilan, kebijaksanaan, keutamaan, dan berlandaskan fiqih ( hukum ) Islam.
     Di masa sebelum mesuknya Islam, Umar dikenal dikenal di kalangan kaumnya sebagai utusan yang mampu berdiskusi, berdialog dan tekun dalam perdagangannya.  Ia dikenal sebagai orang yang mempunyai peribadi kasar, kukuh dalam memegang prinsip, dan berkedudukan tinggi.  Oleh kerana itulah ia digelari Al-faruq Umar Ibnul Khattab r.a.
    Tak lama setelah menyatakan keislamannya, ia bertanya kepada Rasulullah Saw," Ya, Rasulullah, mengapa kita sembunyi - sembunyi dalam menyiarkan agama kita, padahal kita berada di atas kebenaran dan mereka ( kaum kafir ) berada di atas kebatilan ?.
     Raulullah  SAW menjawab, jumlah kita sedikit dan kamu dapat melihat sendiri apa yang selalu kita alami.
     Umar berkata lagi,"Demi yang mengutus engkau dengan haq, aku berjanji bahawa tiap - tiap tempat yang pernah aku sebarkan kekafiran, akan aku datangi untuk menyebarkan keimanan."
      Pada suatu hari Rasulullah SAW bersama kaumnya pergi menuju Kaabah dengan dua barisan. Barisan pertama dipimpin oleh Hamzah, dan barisan kedua dipimpin oleh Umar. Ketika melihat kediua barisan yang dipimpin oleh Hamzah dan Umar, kaum kafir tampak muram wajahnya dan kejut hatinya.  Maka sejak itulah Rasulullah SAW memberi gelar kepada Umar  Al-faruq" yang ertinya "pembeza antara haq dengan batil".


~KISAH PARA SAHABAT DAN NABI SAW~

maaf ~

sYa xbemaksud nk menyakitkan hati awak,
sy xberniat nk buat awk mara,
maafkan saya.. :(
saya selalu buat awk mara kan ??
saya tau..
tp sy xsengaja..
awk..
jgn la maRa lg..
AWK..
AWK MAAFKAN SAYA X??

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 3 ( samb )

      Setelah Umar melihat darah mengucur di kepala adiknya, ia merasa menyesal.  Ia lalu menahan amarahnya dan berkata lagi kepada adiknya,"Kalau begitu, berikan padaku lembaran syair yang telah aku dengar tadi agar aku dapat mempertimbangkan apa yang telah diajarkan Muhammad kepadamu."
      Kemudian Fathimah memberikan lembaran ayat suci tersebut kepada Umar.  Dalam lembaran itu tertulis surat thaha.  Setelah selesai membaca  lembaran tersebut, Umar berkata, "Alangkah indahnya kata - kata ini dan alangkah mulianya."
     Mendengar ucapan Umar, maka keluarlah Khabab dari tempat persembunyiannya seraya berkata, :Hai Umar, Demi Allah, aku berharap Allah telah memilihmu untuk menerima dakwah nabiNya.  Kelmarin aku mendengar Rasulullah SAW berdoa: "Ya. Allah, teguhkanlah Islam dengan berislamnya Abi Alhakam bin HIsyam ( Abu Jahal ) atau Ummar Ibnul Khattab. Waspadalah, wahai Umar."
      Umar berkata kepada Khabbab, "Wahai Khabbab, tunjukkanlah kepadaku tempat Muhammad.  Aku akan menemuinya dan aku akan masuk Islam,"
     Khabab menjawab,"Dia sedang berkumpul bersama kawan - kawannya di sebuah rumah dekat Assofa."Setelah mendengar keterangan itu, Umar pergi dengan menyandang pedangnya menuju tempat MUhammad.  Sesampainya di rumah itu, dia lalu mengetuk pintu.
     Salah seorang sahabat Rasulullah mengintip dar celah pintu dan melihat Umar menyandang pedang yang terhunus.  Melihat demikian, sahabat ketakutan dan langsung memberitahu Rasulullah SAW.
    Untuk melindungi Rasulullah, Hamzah bin Abdul Muttalib berkata kepada Rasulullah SAW,"Apakah engkau mengzinkan aku untuk menghadapinya? Kalau dia bermaksud  baik layani dia dengan baik, tapi kalau dia bermaksud jahat, maka kita bunuh dia dengan pedangnya."
     mendengar perkataan Hamzah, Rasulullah mengizinkannya.
     Hamzah lalu menemui Umar di lorong sempit dan meremas bajunya.  Ditariknya erat - erat baju Umar, seraya berkata,"apa sebabnya engkau datang ke sini, hai, Ibnul Khattab? Demi allah menimpakan bencana kepadamu."
     Umar berkata, " Ya, Rasulullah, aku datang untuk beriman kepad aAllah ndan RaslNya, dan kepada apa yang datang dari Allah."
     Betapa terharu dan leganya Muhammad SAW mendengar pengakuan Umar, begitu  pula para sahabat r.a Muhammad memang berharap dia mendapat hidayah dari Allah Taala.  Beliau mempunyai firasat  Umar memiliki potensi besar.  Jiwanya hidup, keperibadiannya mulia dan siap menerima segala kebaikan.
    Allah Taala telah mengabulkan doa Rasulullah yang meminta agar Allah memberi hidayah kepada salah seorang dari kedua tokoh berpengaruh dan disegani iaitu Umar Ibnul Khattab atau Amru bin Hisyam ( Abu Jahal ).  Akhirnya Allah memberi hidayah kepada Umar Ibnul Khattab.
      Allah Swt telah menyelamatkan Umar dari jurang syirik menuju kepada kemuliaan Islam.  Inilah pertama kalinya cahaya keimanan menyinari dan membuka hati Umar.  Bagi Umar ayat - ayat Al-Quran adalah rahsia hidayah, perggerak dan penghidup hatinya.
      Allah berfirman bermaksud :
"Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik ( iaitu) Al_Quran yang serupa ( mutu ayat - ayatnya ) lagi berulang - ulang, gementar kerananya kulit orang - orang yang takut kepaada Robbnya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengigat Allah.  Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu  Dia menunjuki siap yang dikehendakiNya.  Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemimpin pun."
     Umar masuk Islam pada bulan Dzulhijjah, tahun keenam sesudah kenabian dan kerasulan Muhammad.  Sebelumnya telah ada 39 pemuda dan 23 wanita yang masuk Islam.


~KISAH PARA SAHABAT DAN NABI SAW~

Thursday, February 10, 2011

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 3

APA YANG MENYEBABKAN UMAR MASUK ISLAM 


       Pada suatu hari Umar berjalan dengan menyandang pedang menuju tempat bekumpulnya Rasullullah SAW yang pada saat itu sedang berkumpul dengan para sahabatnya sebanyak kira - kira empat puluh orang.
       Pada waktu itu, Rasulullah SAW sedang berkumpul dalam sebuah rumah dekat bukit Assofa.  Diantara mereka terdapat bapa saudara beliau sendiri, iaitu Hamzah bin Abdul Mutallib, Abu Bakar As Siddiq, Ali bin Abi Talib, dan lain - lain.
       Ketika Umar sedang berjalan menuju ke tempat itu, ia dicegat oleh Nu'aim bin  Abdullah yang langsung bertanya kepadanya, "Hendak kemana engka, wahai Umar ?"
      Umar menjawab, "Aku sedang mencari Muhammad.  Dia telah menghina agama nenek moyangnya, dan memaki tuhan kita.  Oleh itu aku akan membunuhnya!"
       Nu'aim berkata,"Demi Allah, kamu telah tertipu oleh dirimu sendiri, hai umar! Apakah kamu mengira Bani Abdi Manaf akan membiarkanmu berjalan leluasa di muka bumi sesudah berhasil membunuh Muhammad? sebaiknya kamu pulang ke rumahmu dulu, luruskanlah dulu urursan keluargamu sendiri!
     Nu'aim menjawab dengan senyum tipis, Iparmu dan anak saudaramu sendir, iaitu Said bin Zaid, bahka adikmu sendiri, Farimah binti Khattab, telah masuk Islam dan mengikuti agama Muhammad.  Merekalah yang harus kamu selesaikan urusannya."
      Mendengar perkataan Nu'aim, Umar langsung mengubah haluan dan pergi menuju kerumah dua orang keluarganya.
      Pada waktu itu di rumah Said sedang berkunjung seorang sahabatnya, Khabab Ibnul Aratt yang sedang membacakan ayat - ayat Al-Quran kepada mereka.
     Ketika Umar datang, Fatimah cepat - cepat mengambil lembaran - lembaran yang berisi ayat - ayat tersebut dan menyembunyikannya di bawah pehanya.  Padahal ketika Umar mendekati rumahnya, ia mendengar bacaan Khabab, sehingga Umar bertanya kepada mereka, "syair apa yang telah aku dengar tadi? saya telah diberitahu bahawa kamu berdua telah mengikuti agama Muhammad."  setelah berkata begitu Umar menyerang Said.
     Melihat suaminya akan dianiaya Umar, fathimah melompat dan berusaha mencegah, tapi malah Fathimah yang terkena tamparan Umar, sampai kepalanya berdarah.
     Peristiwa ini bukan membuat kecut hati Fathimah, tapi justeru mengobarkan semangat keberanian dalam dirinya.  Fathimah kemudian berkata kepada abangnya dengan gagah berani, " Ya, benar! Demi Allah, kami berdua memang telah masuk Islam dan beriman kepada Allah dan rasulNya, Muhammad.  Kini kau sudah mengetahuinya.  Perbuatlah sesuka hatimu terhadap kami.  Kami tidak akan gentar sedikitpun," samb..


~KISAH PARA SAHABAT NABI SAW~
      

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 2

KUNJUNGAN TIBA - TIBA


      Marilah kita ikuti langkah - langkah Umar yang tengah berjalan menuju rumah Said bin Zaid, suami adiknya.  Dengan membawa sebilah pedang, dia menuju rumah adik iparnya.  tujuannya tak lain hendak membunuh Said bin Zaid dan Fatimah bin Alkhattab.
     Namun situasi demikian cepatnya berubah.  Sesampainya di rumah mereka, Umar yang terkenal dengan watak kerasnya, menjadi lunak dan lembut setelah bertemu kedua suami isteri itu.
      Lantas, apa yang menyebabkan Umar, singa padang pasir itu menjadi berubah ?
Inilah kisah awal perjalanan dirinya dalam kehidupan ilamiah... samb


~KISAH PRA SAHABAT NABI SAW~

UMAR IBNU KHATTAB ( AL-FARUQ ) -- BAHAGIAN 1

KEDUDDUKAN DAN MARTABATNYA


       Sayyidina Umar r.a merupakan orang ketiga dalam urutan pejuang - pejuang dakwah Islamiah sesudah Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-Sidiq r.a.
       Umar Ibnul khattab berasal dari kabilah Quraisy dan bertemu saudara sedarah dengan Rasulullah SAW pada datuk mereka, kaab bin Luai.
       Umar mewarisi beberapa kekhususan dari unsur - unsur Arab.  Dia berasal dari suku kaum Bani Hasyim.  semasa kanak - kanaknya dia mengembala kambing milik ayahnya.
       Ketika menjawat khalifah, dia berkata kepada orang - orang yang berada di sekitarnya : "Aku melihat diriku pengembala kambing milik ayahku dan sekarang aku dilihat dan tiada ada di atasku kecuali Allah, Robb semesta alam."
       Dia senang berbicara tentang kenikmatan - kenikmatan yang telah diberikan Allah Taala untuknya, antara lain kerana dia selalu merasa terpanggil untuk berjuang di dalam dakwah.  Dia selalu merasa terpanggil untuk berjuang di dalam dakwah.  Dia selalu mengakui hal itu sebagai anugerah Allah untuknya.


~KISAH PARA SAHABAT NABI SAW~

Sunday, February 6, 2011

Hujan - Ku mahu kau tahu

gAya, mUtu dAn keunggulan..

                                                                                     1st
                                                                                2nd
3rd
4rd
gaya, mutu, keunggulan modelnya... yang diatas nie.. haha
mcm mne ?? ok x??
umm...
namanya ahamad ferouz bin ahmad ruslan..
tp u aLL panggil dye ferO je.. ok ??
dye nie lahir blan 10..
humm nk cter pnjang2 pown mcm mlas je..
nk tau pnjang2 p la tNye dye sndri..
haha
kacak x ??
msti la .. tengok la adk dye.. cumiL..
eh xdelah gurau je.. 
:)
dye nie blaja kat UNISEL SHAH ALAM
ambil cos_bsness..
da la t ad mse eqin cter lg ye ...


selamat datang kawan2

semua da pulang,
habis sudah cuti,
aku ??
aku masih disini...
tetap disini kerana tidak pulang bercuti..
humm 2 alL my frenz happy 2 see u back..
evrything will back 2 noRmal..
lets go 2 claSS 2morrow... :)

Saturday, February 5, 2011

adoi2.. to achik

nie achik aka ella lalola...

haha..
gelak dlu sebelum cerita..
budak nieyh sya pnggil achik..
dye nie slh seorang kawan terbaik sya di UNISEL
dye jge slh seorng yg agak salu lyan sy dan salu mlayan kerenah sy
haha.. smpy tension dye..
cik sory achik..mara ??
dye salu gak dk dgar cter2 mengarut sya.. haha
tq ye dear...
sy akan ingat kamu salu..

abg sAya




abgku tercyng..
huhu..
smile..:) ya ini abg ku...
tQ bro 4 evrything
humm dye nie nmpak je grng tp xgarang pown.. baik je..
salu tlng adk dye yg nakal nie..
sory la abgku.. salu sshkan kamu..
jnji xnakal banyak da..
ckit je..haaha..
salu je wt dye mara..
salu wat dye ssh..
tp dye layan je kerenah saya nie...
dgar je kalu ekin dok bebel2 haha
sian dye..
maafkan e ye abg... :)
pe2 pown .. tersangatla syg abgku nie... tq3...
adikmu sentiasa mengigati dan menghargai kamu..
wink2 ~

adikku yang sewel...


kemertangan adikku yang cumel..
dok maen gitar dlm kelas..haha
nie la adikku cik dyan vvip senget..huhu
what ever... i still syg kan u adkkuh

my freinds at UNISEL


Friday, February 4, 2011

Hati wanita,
Hatinya begitu lembut,
Namun agak sukar untuk disentuh,
Bila sudah disentuh jangan sesekali melukainya.
Hati wanita,
Bila sudah ditawan dia bagai layang-layang yang memerlukan tali,
Semakin kuat tali semakin kuat kebahgiannya,
Ketenangan hatinya akan kekal selagi mana tali itu tidak dikasari oleh orang lain.
Hati wanita,
Lembutnya bagaikan kapas dan embunan salji diTurkey,
Sekali digapai dia akan tetap dalam genggaman,
Apabila dilepaskan ia akan cair dan mengalir ke tanah,
Namun dia tetap akan mengingati siapa yang menggenggamnya pada awal penurunannya.
Hati wanita,
Kelembutannya itu tersirat pada batinnya,
Luarannya terkadang seperti kerasnya batu di Bukit Fraser,
Bila tiba waktu kekerasannya menonjol, biarkan lah dia untuk seketika,
Kerana kelebutannya akan terserlah selepas matahari senja terbenam.
Hati wanita,
Cemburumu membuktikan kasih sayangmu tidak terperi,
Kasih sayang terpancar dengan segala ragam kemarahanmu,
Cemburumu itu kadang-kadang tidak difahami oleh mereka yang bergelar lelaki,
Namun jauh di sudut hati mereka, sangat menyayangimu.
Hati wanita,
Ku mohon kemaafan pada hati yang telah terluka,
Bukan niatku untuk melakukannya,
Namun terkadang aku terleka dengan ujian dunia,
Menjadikan aku alpa pada PENCIPTA.
Hati wanita,
Biarpun hatimu itu telah terluka,
Kesalahanku tidak mendapat kemaafan,
Kau biarkan diri ini menanggung derita,
Hidup dalam rasa bersalah menjadikan diriku tidak keruan,
Namun percayalah tidak pernah terlintas untuk menyakitinya.
Hati wanita,
Bila disentuh ia akan bergoncang,
Berkoncang seperti mana gempa bumi di Medan,
Jangan dikotori kesuciannya,
Lupakan kisah lama,
Semailah ia dengan roh KEIMANAN,
agar segala luka dan lara dapat diubati sebaiknya.
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

cErita

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…
Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.
Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…
Eiiiii…geramnya aku!!!
Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..
”Lah..awat tak tanya…”
Eiii..geramnya aku!!!
Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..
Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..
“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”
Eiiii..geramnya aku!!!!
Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..
Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..
Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…
Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..
“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”
Eiii…geramnya aku!!!
Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,
“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…
Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…
Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!
Eiii…geramnya aku!!!
Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..
Suratnya berbunyi begini:
Kehadapan isteriku (cewahhh..),
Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…
Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak..
Ishkk..awak ni..tak berasan ker??
Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…
“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “
Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)
Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…
P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi
Love,
Suamimu

bLa bLa bLA

Because you had a bad day, you're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know, you tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride

my family


ma father n brother

my ma n my younger sister...

adikku aien..

my opah tercinta..

my abg TerCayang..

my blackberry tercayang



wink2... my dear fon... i miss u... humm return back 2 me.. pleezzz

coklate, choclate , cokolat... nyum... favourite..



huh.. ma favaorite.. 4 ever n ever... nyum3... i like it...

fon yang ku idamkn ..


kamu kena kuat

seTiap dugaan yaNg datAng maknanYa tuHan ingAT kat kita.. jaDi kita kena la bersyuKur.. Sabar denGan aPa yaNg tErjaDi dan tiDak berpuTus asA..